Isteri Tak Minta Cerai, Tapi Letak Syarat Foto : Ilustrasi.
Bratapos / Daerah

Isteri Tak Minta Cerai, Tapi Letak Syarat

Terbit : 09-Jun-2025, 14:39 WIB // Pewarta : Kacab Jateng, Editor : Kacab Jateng // Viewers : 205 Kali

Jateng.Bratapos.com - Seorang wanita memilih keputusan luar biasa setelah mengetahui suaminya berlaku curang. Alih-alih meminta cerai, dia hanya mengajukan satu syarat penting: tidak lagi disentuh secara fizikal oleh suaminya. Kisah ini diceritakan oleh rakan wanita tersebut melalui platform media sosial Threads.

“Apabila kawan saya dapat tahu suami dia curang, dia tak minta cerai. Tapi dia minta jangan ‘sentuh’ dia,” kata si pencerita. Meski kecewa, wanita itu tetap tinggal serumah demi membesarkan sepasang anak kembar. Mereka tidur berasingan, dan si suami tetap menunaikan nafkah harian.

Namun, perangai buruk si suami tidak berubah, meski usia semakin lanjut dan kesihatan merosot. Setelah anak-anak mereka menamatkan pengajian di peringkat ijazah, wanita itu akhirnya mengumpul kekuatan untuk menamatkan rumah tangga yang penuh luka. “Kawan saya kumpul kekuatan, hingga anak-anak habis belajar degree. Laki dia dah tua, ada penyakit tapi tetap kaki betina,” ujar rakan itu.

Proses perceraian dilalui secara senyap, lengkap dengan bukti dan sokongan anak-anak sebagai saksi. Sang suami mengakui kesalahannya tetapi tetap menyatakan rasa sayang. Setelah perceraian, wanita itu dan anak-anak berpindah ke rumah miliknya sendiri.

Ironinya, selepas ditinggalkan, si bekas suami hilang arah. “Gila talak… macam orang gila dah. Masa isteri ada depan mata, perempuan lain yang dia cari. Bila dah tak ada, tercari-cari,” ujar si pencerita. Dia menutup kisah dengan pesanan agar kisah ini dijadikan pengajaran, bahawa kesetiaan tidak seharusnya dibalas dengan pengkhianatan.


Pilihan Untukmu